Salam sejahtera kepada semua,,,,,,
sekarang sudahpun masuk pada minggu yang keenam bagi kursus komputer dalam pendidikan. Memang tidak terasa kerana hari begitu cepat berlalu. Justeru, sudah pasti banyak tekanan yang dialami setiap pelajar kerana terlalu banyak tugasan yang perlu dibuat. Walau bagaimanapun, itu bukan menjadi masalah kerana sememangnya belajar di universiti kita perlu berusaha dengan diri sendiri dan bukannya bergantung kepada pensyarah semata-mata untuk menyuap kita sesuatu.
Tugasan pada minggu keenam ini ialah, kami dikehendaki untuk membuat mini research melalui tugasan yang lepas. Dalam membuat tugasan ini, saya telah melayari alamat web tersebut untuk mengetehui cara-cara untuk merangka atau membuat soalan berkenaan topik tugasan saya iaitu, 21st Cenutry Skills.....
Seperti yang terdapat di dalam proforma kursus, saya telah melayari beberapa link URL, iaitu...
Setelah mendapat link tersebut, saya terus membuka link untuk pergi ke Survey Monkey melalui link www.surveymonkey.com. Sebelum membuat soalan, saya telah membuka akaun saya terlebih dahulu dan seterusnya saya sign in ke dalam survey monkey. Selepas itu, saya terus membuka bahagian design survey untuk membuat soalan mengenai tajuk tugasan saya. Untuk membuat soalan tersebut, saya dikehendaki untuk menggunakan 'use multiple choice' iaitu jawapan hanya dijawab dalam satu jawapan sahaja bagi setiap soalan yang disediakan.
Seterusnya, saya membuat soalan mengenai tajuk tugasan saya. Saya telah membuat 10 soalan mengenai 21st Century Skills. Setelah membuat 10 soalan tersebut dalam survey monkey, saya terus postkan soalan tersebut ke dalam facebookgroups saya dan juga facebooksgroups rakan-rakan saya khasnya pelajar S1K1. Saya juga turut menjemput rakan-rakan untuk menjawab soalan yang telah saya buat di dalam survey monkey. Terdapat pelbagai komen yang telah diberikan oleh rakan-rakan mengenai soalan yang saya sediakan. Namun, saya berterima kasih kepada semua rakan-rakan kerana telah menjawab soalan saya di samping memberi sedikit komen untuk memperbaiki soalan yang saya buat tersebut.
Selain itu, saya juga terus pergi ke google.doc untuk menulis semula soalan tersebut. Sebelum menulis soalan tersebut, saya perlu melalui beberapa langkah untuk pergi ke google.doc. Pada mulanya, saya perlu sign in menggunakan emel gmail saya utntuk menggunakan google.doc. Setelah akaun saya dibuka, saya terus klik pada butang dokumen di mana pada dokumen tersebut saya dapat terus mengklik butang form. Dalam form ini, saya telah menulis semula soalan yang saya buat di dalam survey monkey. Saya juga turut mengedit dan mengeksplore soalan yang saya tulis tersebut. Setelah siap, saya terus menyimpan soalan yang terbaru tersebut dan seterusnya memuat turun semua soalan melalui google.doc. Sebelum memasukkan soalan tersebut ke dalam yahoogroups Dr Siti Fatimah, saya juga telah postkan soalan tersebut ke dalam facebookgroups saya dan juga facebookgroups rakan-rakan tetapi dalam bentuk form. Justeru, rakan-rakan telah memberi kerjasama yang baik kerana telah menjawab soalan saya yang terbaru.
Selepas itu, barulah saya memasukkan semua soalan saya yang dibuat melalui survey monkey dan google.doc ke dalam yahoogroups saya sendiri dan seterusnya ke dalam yahoogroups Dr Siti Fatimah, ge-1155-komputer dalam pendidikan.....Setelah semua soalan dimasukkan ke dalam yahoogroups Dr Siti, saya terus mencetak 10 soalan yang saya buat dalam google.doc untuk diberikan kepada pelajar-pelajar dari fakulti lain untuk dijawab di samping untuk membuat analisis. Oleh itu, saya mencari beberapa pelajar dari fakulti yang lain untuk menjawab soalan yang telah saya cetak tersebut. Dalam masa satu hari, semua soalan yang saya berikan kepada pelajar-pelajar dari fakulti lain telahpun siap dijawab. Saya sangat berterima kasih kepada semua pelajar tersebut keran memberi kerjasama yang sangat baik. Jadi, saya terus membuat analisis mengenai jawapan yang diberikan. Jawapan yang diberikan adalah berbeza. Setelah membuat analisis, saya terus menyimpan analisis tersebut dan memasukkannya ke dalam yahoogroups saya sendiri dan juga yahoogroups Dr Siti.
Jadi, inilah tugasan yang telah saya buat pada minggu keenam. Rasanya agak tertekan juga kerana terlalu banyak perkara yang perlu dibuat dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, setiap sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan amatlah saya hargai banyak-banyak kerana tanpa sokongan dan dorongan rakan-rakan mungkin tugasan saya tidak berjalan dengan lancar.
Sekian, terima kasih..............
No comments:
Post a Comment