Thursday, 6 October 2011

minggu pertama

First Lesson

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Kami telah mempelajari cara-cara untuk membuat akaun atau emel yahoo dan emel gmail. Selain itu, kami juga telah mempelajari cara-cara untuk membuat yahoogroups, facebook, signature emel, dan blog. Setiap pelajar telah disuruh untuk membuat emel yahoo,gmail, yahoogroups, facebook, signature emel dan blog sendiri. Ini kerana, kelas Komputer dalam Pendidikan mewajibkan semua pelajar membuat emel sendiri untuk memudahkan kerja ataupun penyampaian maklumat daripada pensyarah kepada pelajar atau sebaliknya.




Membuat emel yahoo, gmail, yahoogroups sendiri, akaun facebook, signature dan blog


Kami telah mula membuat emel masing-masing dengan berpandukan maklumat yang diberikan oleh pensyarah yang mengajar. Kami kelas S1K1 telah membuat emel yahoo dan gmail terlebih dahulu. Selapas itu, barulah kami membuat akaun facebook, yahoogroups sendiri, signature, dan blog sendiri. Ini merupakan salah satu pengalaman yang baharu bagi saya kerana sebelum ini saya tidak mempunyai emel, yahoogroups, facebook, dan blog. Bagi yahoogroups sendiri dan blog, kami disuruh untuk menggunakan nombor matrik sebagai nama untuk akaun yahoogroups dan blog. 

Semasa membuat emel yahoo, saya terlebih dahulu membuka laman web yahoo iaitu, www.yahoo.com...selepas itu, saya masuk ke ruangan sign up dan saya telah memasukkan segala maklumat tentang diri saya untuk membuat akaun emel yahoo...setelah semuanya siap dimasukkan, barulah emel saya aktif...bagi emel gmail pula, saya juga perlu membuka laman web google iaitu, www.google.com dan terus terus mengklik butang gmail.....seperti akaun emel yahoo, saya juga perlu memasukkan segala maklumat saya ke dalam emal gmail untuk membuat akaun gmail....selepas itu, barulah emel gmail saya aktif..

bagi membuat akaun facebook pula, saya cuma mengedit semula akaun facebook saya kerana sebelum ini saya sudah mempunyai akaun facebook.....saya telah menukar nama facebook saya kepada nama sebenar saya...jadi, aktiviti membuat facebook ini tidak ada masalah...untuk membuat akaun facebookgroups, saya terlebih dahulu membuka akaun facebook saya kerana untuk membuat akaun facebookgroups perlu melalui facebook sendiri...dalam facebook sendiri, saya terus pergi ke ruangan 'create group' dan saya mengklik butang tersebut.....selepas itu, barulah saya menulis nama facebookgroups saya dan juga memasukkan beberapa maklumat penting...setelah akaun facebookgroups saya aktif, saya terus menjemput rakan-rakan saya untuk masuk ke dalam facebookgroups saya....
 





 
 
Mendaftar emel yahoo,emel gmail, dan signature


Pada minggu ketiga, kami telah mendaftar emel yahoo dan emel gmail kepada Dr Siti Fatimah. Dalam emel yahoo dan gmail, kami telah memasukkan maklumat diri untuk memperkenalkan diri. Ini merupakan salah satu aktiviti dalam kelas yang menyeronokkan kerana kami dapat belajar menggunakan komputer lebih-lebih lagi apabila saya sudah mempunyai emel yahoo dan gmail sendiri. Selain itu, kami juga mendaftar signature untuk emel yahoo dan emel gmail. Dalam signature tersebut, kami telah memasukkan maklumat diri masing-masing termasuklah emel,akaun facebook,yahoogroups sendiri dan blog.




Join yahoogroups, dan facebook


Seterusnya, kami telah menyertai yahoogroups ge1155-2011 dan facebook rakan-rakan yang lain. Dalam yahoogroups ini, kami dapat memperoleh pelbagai maklumat daripada pensyarah untuk menjadi rujukan semasa membuat tugasan yang diberikan. Di samping itu, kami juga dapat berhubung dengan rakan-rakan atau pensyarah untuk membincngkan sesuatu perkara. Untuk facebook pula, kami dapat add rakan-rakan yang lain untuk menjadi rakan kami di samping dapat berhubung dengan rakan-rakan dan juga pensyarah.




Menjemput rakan dan pensyarah ke dalam yahoogroups sendiri


Setelah membuat akaun yahoogroups sendiri, kami telah menjemput rakan-rakan dan juga para pensyarah untuk menyertai yahoogroups setiap pelajar. Ini adalah untuk memudahkan lagi penyampaian maklumat kepada pelajar.




Post blog


Apa yang paling menyeronokkan ialah apabila saya sudah mempunyai blog sendiri. Dalam blog ini, saya dapat berkongsi pengalaman, aktiviti atau tugasan, dan perkara-perkara yang lain dengan rakan-rakan termasuklah para pensyarah. Selain itu, saya juga dapat menyimpan nota-nota, video, dan sebagainya di dalam blog ini.



Kesimpulan


Saya berasa gembira kerana sekarang saya sudah mempunyai emel, yahoogroups, facebook, dan blog sendiri.  Saya juga mendapat pengalaman yang baharu khususnya dalam penggunaan ICT iaitu komputer. Ini kerana sebelum ini saya tidak memiliki emel mahupun blog  sendiri. Tambahan pula, saya tidak masih belum mahir belajar menggunakan komputer. Walau bagaimanapun, saya akan terus mempelajari penggunaan ICT ini dengan lebih mendalam daripada rakan-rakan dan juga para pensyarah.

Sekian, terima kasih.

















No comments:

Post a Comment