Sunday, 30 October 2011

minggu 6-(Mini Research-Tugasan 5)

Salam sejahtera kepada semua,,,,,,


sekarang sudahpun masuk pada minggu yang keenam bagi kursus komputer dalam pendidikan. Memang tidak terasa kerana hari begitu cepat berlalu. Justeru, sudah pasti banyak tekanan yang dialami setiap pelajar kerana terlalu banyak tugasan yang perlu dibuat. Walau bagaimanapun, itu bukan menjadi masalah kerana sememangnya belajar di universiti kita perlu berusaha dengan diri sendiri dan bukannya bergantung kepada pensyarah semata-mata untuk menyuap kita sesuatu.

Tugasan pada minggu keenam ini ialah, kami dikehendaki untuk membuat mini research melalui tugasan yang lepas. Dalam membuat tugasan ini, saya telah melayari alamat web tersebut untuk mengetehui cara-cara untuk merangka atau membuat soalan berkenaan topik tugasan saya iaitu, 21st Cenutry Skills.....
Seperti yang terdapat di dalam proforma kursus, saya telah melayari beberapa link URL, iaitu...






Setelah mendapat link tersebut, saya terus membuka link untuk pergi ke Survey Monkey melalui link www.surveymonkey.com. Sebelum membuat soalan, saya telah membuka akaun saya terlebih dahulu dan seterusnya saya sign in ke dalam survey monkey. Selepas itu, saya terus membuka bahagian design survey untuk membuat soalan mengenai tajuk tugasan saya. Untuk membuat soalan tersebut, saya dikehendaki untuk menggunakan 'use multiple choice' iaitu jawapan hanya dijawab dalam satu jawapan sahaja bagi setiap soalan yang disediakan. 

Seterusnya, saya membuat soalan mengenai tajuk tugasan saya. Saya telah membuat 10 soalan mengenai 21st Century Skills. Setelah membuat 10 soalan tersebut dalam survey monkey, saya terus postkan soalan tersebut ke dalam facebookgroups saya dan juga facebooksgroups rakan-rakan saya khasnya pelajar S1K1. Saya juga turut menjemput rakan-rakan untuk menjawab soalan yang telah saya buat di dalam survey monkey. Terdapat pelbagai komen yang telah diberikan oleh rakan-rakan mengenai soalan yang saya sediakan. Namun, saya berterima kasih kepada semua rakan-rakan kerana telah menjawab soalan saya di samping memberi sedikit komen untuk memperbaiki soalan yang saya buat tersebut.


Selain itu, saya juga terus pergi ke google.doc untuk menulis semula soalan tersebut. Sebelum menulis soalan tersebut, saya perlu melalui beberapa langkah untuk pergi ke google.doc. Pada mulanya, saya perlu sign in menggunakan emel gmail saya utntuk menggunakan google.doc. Setelah akaun saya dibuka, saya terus klik pada butang dokumen di mana pada dokumen tersebut saya dapat terus mengklik butang form. Dalam form ini, saya telah menulis semula soalan yang saya buat di dalam survey monkey. Saya juga turut mengedit dan mengeksplore soalan yang saya tulis tersebut. Setelah siap, saya terus menyimpan soalan yang terbaru tersebut dan seterusnya memuat turun semua soalan melalui google.doc. Sebelum memasukkan soalan tersebut ke dalam yahoogroups Dr Siti Fatimah, saya juga telah postkan soalan tersebut ke dalam facebookgroups saya dan juga facebookgroups rakan-rakan tetapi dalam bentuk form. Justeru, rakan-rakan telah memberi kerjasama yang baik kerana telah menjawab soalan saya yang terbaru.

Selepas itu, barulah saya memasukkan semua soalan saya yang dibuat melalui survey monkey dan google.doc ke dalam yahoogroups saya sendiri dan seterusnya ke dalam yahoogroups Dr Siti Fatimah, ge-1155-komputer dalam pendidikan.....Setelah semua soalan dimasukkan ke dalam yahoogroups Dr Siti, saya terus mencetak 10 soalan yang saya buat dalam google.doc untuk diberikan kepada pelajar-pelajar dari fakulti lain untuk dijawab di samping untuk membuat analisis. Oleh itu, saya mencari beberapa pelajar dari fakulti yang lain untuk menjawab soalan yang telah saya cetak tersebut. Dalam masa satu hari, semua soalan yang saya berikan kepada pelajar-pelajar dari fakulti lain telahpun siap dijawab. Saya sangat berterima kasih kepada semua pelajar tersebut keran memberi kerjasama yang sangat baik. Jadi, saya terus membuat analisis mengenai jawapan yang diberikan. Jawapan yang diberikan adalah berbeza. Setelah membuat analisis, saya terus menyimpan analisis tersebut dan memasukkannya ke dalam yahoogroups saya sendiri dan juga yahoogroups Dr Siti.

Jadi, inilah tugasan yang telah saya buat pada minggu keenam. Rasanya agak tertekan juga kerana terlalu banyak perkara yang perlu dibuat dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, setiap sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan amatlah saya hargai banyak-banyak kerana tanpa sokongan dan dorongan rakan-rakan mungkin tugasan saya tidak berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih..............

minggu 5-computer in educational research

Salam sejahtera semua,

pada minggu ini, saya berasa sedikit tertekan kerana tugasan pada minggu ini agak mencabar sedikit, iaitu kami telah dikehendaki membuat tugasan proses penyelidikan. Pada minggu ini, saya telah membuat tugasan 4 iaitu proses penyelidikan. Saya telah melayari beberapa link URL untuk mencari maklumat mengenai tajuk tugasan saya iaitu 21st Century Skills. Saya terlebih dahulu melayari goole scholar untuk mencari maklumat tentang tugasan saya. Setelah melayari google scholar tersebut, saya telah mendapat 2 artikel mengenai tajuk tugasan saya. Artikel yang saya cari tersebut boleh dilayari di link URL seperti dibawah ini.







Saya juga telah postkan link URL di bawah di dalam facebookgroup saya sendiri. Di samping itu, saya juga turut menyimpan dan memuat turun artikel saya tersebut ke dalam yahoogroups saya dan yahoogroups ge-1155...Itu adalah pencarian artikel saya dengan menggunakan google scholar....

Seterusnya, pencarian saya ialah dengan menggunakan google books. Dengan pencarian menggunakan google books, saya telah mendapat 4 artikel tentang tajuk tugasan saya. Sebelum pergi ke google books, saya terlebih dahulu membuka laman web google.com dan seterusnya melayari google books. Jadi, berikut merupakan antara 3 buah buku yang saya dapat cari melalui google books.....



Front Cover




    Front Cover





       Inilah refleksi saya pada minggu kelima ini yang mana tugasan yang dibuat begitu banyak dan menyebabkan saya sedikit tertekan. Walau bagaimanapun, saya telahpun dapat mencari bahan-bahan mengenai tajuk tugasan saya iaitu 21st century skills. Saya juga turut memuat naik bahan-bahan tersebut ke dalam yahoogroups saya,facebook groups, dan juga ke dalam yahoogroups ge-1155....
      Sekian, terima kasih.....

       

        Monday, 24 October 2011

        MINGGU 3 & 4

        Salam Sejahtera,

        Pada minggu ini, kami telah diberikan tugasan mengikut kumpulan masing-masing di mana setiap kumpulan terdiri daripada dua orang pelajar. Kami telah di minta untuk memilih tajuk sendiri oleh penyelaras kursus iaitu, Dr Siti Fatimah. Antara tajuk tugasan yang dibincangkan ialah :

        1. 21st Century Skills
        2. Thinking skills and ICT
        3. Internet and Computer security(virus,spam,phishing) & Operating System
        4. Original and licensed software
        5. Open source Software
        6. Web 2.0 in education
        7. E-learning & Mobile learning

        Oleh itu, selepas berbincang dengan pasangan saya, kami telah memilih tajuk 21st Century Skills. Dalam tajuk ini, kami telah berbincang bersama dalam facebookgroups dan juga emel. Kami juga telah memberi respon masing-masing mengenai tajuk yang dipilih. Selain itu, kami juga telah mencari maklumat dalam internet untuk menambahkan maklumat mengenai tajuk yang kami pilih. Dalam tajuk ini, kami mencari maklumat dengan menggunakan kaedah apa, kenapa, dimana, siapa, dan bagaimana 21st Century Skills digunakan di peringkat sekolah dan juga di universiti.

        Selepas mencari maklumat tersebut, kami telah memasukan maklumat mengenai tajuk perbincangan ke dalam
        goole.doc untuk dikongsikan bersama dengan pelajar lain dan juga penyelaras kursus serta pensyarah yang mengajar. Selain itu, kami juga membuat satu dokumen di dalam facebook group mengenai tajuk kami iaitu 21st Century Skills. Secara tidak langsung, kami telah mendapat respon daripada penyelaras kursus untuk penembahbaikan mengenai tajuk ini.

        Seterusnya, kami telah memuat naik dokumen dalam google.doc dan facebook groups ke dalam yahoogroups sendiri. Selain itu, kami juga telah membuat refleksi di dalam blog masing-masing.

        Jadi, inilah tugas yang kami buat pada minggu ke-3 dan ke-4.
        Sekian, terima kasih.

        Friday, 14 October 2011

        Sistem Pengurusan Pembelajaran(LMS)


        SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN(LMS)


        Apa itu Sistem Pengurusan Pembelajaran..

        Sistem Pengurusan Pembelajaran  atau  lebih dikenali sebagai “Learning Managment System(LMS)”,  merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran,dokumentasi dan laporan program latihan,kelas serta aktiviti dalam talian,program e-pembelajaran dan kadar latihan. LMS merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan MAMPU. MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Perisian Sumber Terbuka atau Open Source Software(OSS). LMS boleh dibahagikan kepada dua kategori,iaitu ‘proprietary’  dan ‘open source’. Contoh LMS ‘proprietary’ yang biasa digunakan ialah ‘Blackboard’ manakala contoh bagi LMS ‘open source’ pula ialah ‘Moodle’. Ia digunakan secara meluas kerana ia adalah percuma dan boleh di ubah suai. LMS di SPIN, merupakan sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran interaktif yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah di UKM. Penyampaian maklumat kepada pelajar adalah secara maya kerana pelajar hanya perlu menekan atau mengklik link pada skrin computer dan tidak memerlukan kos yang banyak.



        Kenapa LMS di jalankan..

        LMS di jalankan bertujuan untuk memudahkan penyampaian atau penghantaran kursus  secara talian. LMS telah digunakan secara meluas di universiti dan pusat pengajian tinggi di seluruh dunia. LMS juga mengambil peranan yang sama penting dalam perusahaan akademik pengajaran dan pembelajaran sistem ERP dalam dunia pentadbiran. Selain itu, LMS juga dijalankan untuk menyokong dan mengatur kerja-kerja jabatan akademik, organisasi, dan projek-projek lain serta untuk mencapai beberapa matlamat pengajaran di peringkat pengajian tinggi. Di samping itu, penggunaan LMS juga bertujuan untuk meningkatkan jumlah maklum balas yang mereka mampu untuk menyediakan kepada pelajar-pelajar khususnya pelajar universiti dan memperbaiki keadaan siap maklum balas. Salah satu faktor penting mengapa LMS dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap komunikasi pelajar-pelajar dengan pensyarah di sesebuah universiti. Ia juga penting dalam mengadakan perbincangan kumpulan dan melibatkan penggunaan bahan-bahan kursus yang lebih perlahan, serta bersifat fesyen kendiri. Tambahan pula, penggunaan LMS lebih menguntungkan kerana kos yang secara relatifnya agak rendah dan tahap kemahiran pengguna yang diperlukan juga agak sederhana. Contohnya, penggunaan SPIN di UKM merupakan alat utama yang digunakan oleh setiap pelajar untuk mendapatkan maklumat daripada pensyarah. SPIN mempunyai berbagai fungsi kerana ia dapat memuat turun nota yang disediakan oleh pensyarah, mendapatkan maklumat berkenaan dengan tugasan atau tutorial serta dapat menyemak keputusan peperiksaan setiap semester.



        Di mana LMS digunakan...
        LMS digunakan di institusi pengajian tinggi dan juga di peringkat sekolah. Misalnya di UKM, SPIN adalah Sistem Pengurusan Pembelajaran yang telah digunakan oleh pelajar dan pensyarah. Melalui SPIN, pelajar boleh mengakses pelbagai maklumat yang berkaitan dengan subjek yang diambil dan sumber maklumat tersebut dapat diakses oleh pelajar pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui rangkaian internet.

        Siapa yang menggunakan LMS..
        Sistem Pengurusan Pembelajaran(LMS), digunakan oleh pelajar di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi, para guru, para pensyarah dan juga kakitangan semua warga pendidik. Selain itu, LMS digunakan oleh industri yang dikawal selia (misalnya perkhidmatan kewangan dan biopharma) untuk latihan pematuhan. Justeru, ia juga digunakan oleh institusi-institusi penyelidikan untuk meningkatkan dan menyokong pembelajaran dan pengajaran bilik darjah. Sebagai contoh, di UKM, SPIN merupakan LMS yang digunakan oleh pelajar dan juga pensyarah.






        Bagaimana LMS digunakan..
        LMS digunakan untuk merancang e-Bahan,mencari maklumat dengan pantas, mengesan pencapaian pelajar dan mengesan status penggunaan pengguna. LMS harus dapat melakukan pekara-pekara berikut,antaranya adalah:
        ·         Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran
        ·         Menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan sendiri berpandu
        ·         Memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat
        ·         Menggabungkan kaedah latihan pada platform yang berasaskan web yang berskala.
        ·         Mudah alih sokongan dan standart
        ·         Menyesuaikan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.
              ·         Meningkatkan muka-muka kelas yang berjadual 

              ·         Meningkatkan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain dan 
                    menawarkan kelas hibrid.        

              ·         Menyelia kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang atau untuk memberi nasihat
                  akademik 

        Kepentingan LMS adalah
        Antara kepentingan LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih berkesan dan produktif. LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web. Melalui penggunaan LMS, pelajar juga berpeluang untuk berbincang dan berkongsi maklumat dengan pakar atau pensyarah yang berpengalaman dari universiti melalui emel.



        Kebaikan LMS...
        ·         menetapkan dan merekodkan latihan untuk kakitangan dengan LMS
        Ø  mampu menyeragamkan usaha pentadbiran, untuk membuat ia mudah memastikan setiap anggota kakitangan menerima program latihan yang sesuai serta membantu menguruskan bilik darjah, tenaga pengajar, kelengkapan dan sumber-sumber lain yang diperlukan untuk menyampaikan kursus.
        ·         Memudahkan e-pembelajaran dengan platform pembelajaran secara online
        Ø  Suatu LMS sering menyediakan satu, portal yang berjenama untuk penghantaran e-pembelajaran.
        ·         menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem
        Ø  menyemak semula dan melaporkan tentang status program-program latihan di seluruh syarikat, mengenal pasti staf yang telah siap kelulusan tertentu, dan banyak lagi.
        ·         Mengurangkan kos latihan dengan LMS
        Ø  Sistem LMS yang betul dapat mengurangkan kos latihan anda dalam pelbagai cara, seperti membolehkan penjimatan kos e-pembelajaran (seperti kurang perjalanan, penginapan, bekerja lebih masa, kos pengajaran yang lebih rendah, dan lain-lain) serta menyelaraskan pentadbiran program latihan di setiap organisasi.

        ·         Meningkatkan pematuhan dengan keperluan kawal selia
        Ø  Satu lagi sebab utama untuk melabur di sebuah LMS adalah untuk lebih mematuhi pelbagai kehendak pengawalseliaan yang dikenakan kepada pihak industri dan organisasi. Sebagai contoh, program-program keselamatan yang biasa digunakan untuk penyelesaian LMS kerana ia membolehkan pelajar dan pensyarah dengan mudah menunjukkan bahawa semua kakitangan yang sesuai ke tarikh pensijilan dan latihan yang diperlukan.


        Senarai Open Source Software...
        ·         Moodle
        ·         Adope captive
        ·         Adope photoshop
        ·         LINUX
        ·         DOS
        ·         UNIX

        Sumber rujukan..

        Thursday, 6 October 2011

        minggu pertama

        First Lesson

        Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

        Kami telah mempelajari cara-cara untuk membuat akaun atau emel yahoo dan emel gmail. Selain itu, kami juga telah mempelajari cara-cara untuk membuat yahoogroups, facebook, signature emel, dan blog. Setiap pelajar telah disuruh untuk membuat emel yahoo,gmail, yahoogroups, facebook, signature emel dan blog sendiri. Ini kerana, kelas Komputer dalam Pendidikan mewajibkan semua pelajar membuat emel sendiri untuk memudahkan kerja ataupun penyampaian maklumat daripada pensyarah kepada pelajar atau sebaliknya.




        Membuat emel yahoo, gmail, yahoogroups sendiri, akaun facebook, signature dan blog


        Kami telah mula membuat emel masing-masing dengan berpandukan maklumat yang diberikan oleh pensyarah yang mengajar. Kami kelas S1K1 telah membuat emel yahoo dan gmail terlebih dahulu. Selapas itu, barulah kami membuat akaun facebook, yahoogroups sendiri, signature, dan blog sendiri. Ini merupakan salah satu pengalaman yang baharu bagi saya kerana sebelum ini saya tidak mempunyai emel, yahoogroups, facebook, dan blog. Bagi yahoogroups sendiri dan blog, kami disuruh untuk menggunakan nombor matrik sebagai nama untuk akaun yahoogroups dan blog. 

        Semasa membuat emel yahoo, saya terlebih dahulu membuka laman web yahoo iaitu, www.yahoo.com...selepas itu, saya masuk ke ruangan sign up dan saya telah memasukkan segala maklumat tentang diri saya untuk membuat akaun emel yahoo...setelah semuanya siap dimasukkan, barulah emel saya aktif...bagi emel gmail pula, saya juga perlu membuka laman web google iaitu, www.google.com dan terus terus mengklik butang gmail.....seperti akaun emel yahoo, saya juga perlu memasukkan segala maklumat saya ke dalam emal gmail untuk membuat akaun gmail....selepas itu, barulah emel gmail saya aktif..

        bagi membuat akaun facebook pula, saya cuma mengedit semula akaun facebook saya kerana sebelum ini saya sudah mempunyai akaun facebook.....saya telah menukar nama facebook saya kepada nama sebenar saya...jadi, aktiviti membuat facebook ini tidak ada masalah...untuk membuat akaun facebookgroups, saya terlebih dahulu membuka akaun facebook saya kerana untuk membuat akaun facebookgroups perlu melalui facebook sendiri...dalam facebook sendiri, saya terus pergi ke ruangan 'create group' dan saya mengklik butang tersebut.....selepas itu, barulah saya menulis nama facebookgroups saya dan juga memasukkan beberapa maklumat penting...setelah akaun facebookgroups saya aktif, saya terus menjemput rakan-rakan saya untuk masuk ke dalam facebookgroups saya....
         





         
         
        Mendaftar emel yahoo,emel gmail, dan signature


        Pada minggu ketiga, kami telah mendaftar emel yahoo dan emel gmail kepada Dr Siti Fatimah. Dalam emel yahoo dan gmail, kami telah memasukkan maklumat diri untuk memperkenalkan diri. Ini merupakan salah satu aktiviti dalam kelas yang menyeronokkan kerana kami dapat belajar menggunakan komputer lebih-lebih lagi apabila saya sudah mempunyai emel yahoo dan gmail sendiri. Selain itu, kami juga mendaftar signature untuk emel yahoo dan emel gmail. Dalam signature tersebut, kami telah memasukkan maklumat diri masing-masing termasuklah emel,akaun facebook,yahoogroups sendiri dan blog.




        Join yahoogroups, dan facebook


        Seterusnya, kami telah menyertai yahoogroups ge1155-2011 dan facebook rakan-rakan yang lain. Dalam yahoogroups ini, kami dapat memperoleh pelbagai maklumat daripada pensyarah untuk menjadi rujukan semasa membuat tugasan yang diberikan. Di samping itu, kami juga dapat berhubung dengan rakan-rakan atau pensyarah untuk membincngkan sesuatu perkara. Untuk facebook pula, kami dapat add rakan-rakan yang lain untuk menjadi rakan kami di samping dapat berhubung dengan rakan-rakan dan juga pensyarah.




        Menjemput rakan dan pensyarah ke dalam yahoogroups sendiri


        Setelah membuat akaun yahoogroups sendiri, kami telah menjemput rakan-rakan dan juga para pensyarah untuk menyertai yahoogroups setiap pelajar. Ini adalah untuk memudahkan lagi penyampaian maklumat kepada pelajar.




        Post blog


        Apa yang paling menyeronokkan ialah apabila saya sudah mempunyai blog sendiri. Dalam blog ini, saya dapat berkongsi pengalaman, aktiviti atau tugasan, dan perkara-perkara yang lain dengan rakan-rakan termasuklah para pensyarah. Selain itu, saya juga dapat menyimpan nota-nota, video, dan sebagainya di dalam blog ini.



        Kesimpulan


        Saya berasa gembira kerana sekarang saya sudah mempunyai emel, yahoogroups, facebook, dan blog sendiri.  Saya juga mendapat pengalaman yang baharu khususnya dalam penggunaan ICT iaitu komputer. Ini kerana sebelum ini saya tidak memiliki emel mahupun blog  sendiri. Tambahan pula, saya tidak masih belum mahir belajar menggunakan komputer. Walau bagaimanapun, saya akan terus mempelajari penggunaan ICT ini dengan lebih mendalam daripada rakan-rakan dan juga para pensyarah.

        Sekian, terima kasih.