Monday, 24 October 2011

MINGGU 3 & 4

Salam Sejahtera,

Pada minggu ini, kami telah diberikan tugasan mengikut kumpulan masing-masing di mana setiap kumpulan terdiri daripada dua orang pelajar. Kami telah di minta untuk memilih tajuk sendiri oleh penyelaras kursus iaitu, Dr Siti Fatimah. Antara tajuk tugasan yang dibincangkan ialah :

1. 21st Century Skills
2. Thinking skills and ICT
3. Internet and Computer security(virus,spam,phishing) & Operating System
4. Original and licensed software
5. Open source Software
6. Web 2.0 in education
7. E-learning & Mobile learning

Oleh itu, selepas berbincang dengan pasangan saya, kami telah memilih tajuk 21st Century Skills. Dalam tajuk ini, kami telah berbincang bersama dalam facebookgroups dan juga emel. Kami juga telah memberi respon masing-masing mengenai tajuk yang dipilih. Selain itu, kami juga telah mencari maklumat dalam internet untuk menambahkan maklumat mengenai tajuk yang kami pilih. Dalam tajuk ini, kami mencari maklumat dengan menggunakan kaedah apa, kenapa, dimana, siapa, dan bagaimana 21st Century Skills digunakan di peringkat sekolah dan juga di universiti.

Selepas mencari maklumat tersebut, kami telah memasukan maklumat mengenai tajuk perbincangan ke dalam
goole.doc untuk dikongsikan bersama dengan pelajar lain dan juga penyelaras kursus serta pensyarah yang mengajar. Selain itu, kami juga membuat satu dokumen di dalam facebook group mengenai tajuk kami iaitu 21st Century Skills. Secara tidak langsung, kami telah mendapat respon daripada penyelaras kursus untuk penembahbaikan mengenai tajuk ini.

Seterusnya, kami telah memuat naik dokumen dalam google.doc dan facebook groups ke dalam yahoogroups sendiri. Selain itu, kami juga telah membuat refleksi di dalam blog masing-masing.

Jadi, inilah tugas yang kami buat pada minggu ke-3 dan ke-4.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment