…..selamat sejahtera, sekarang sudah pun masuk minggu yang ke sepuluh dan pelbagai tugasan telah diberikan di dalam kelas Komputer Dalam Pendidikan ini….antara tugasannya ialah….
….minggu ini tugas yang diberikan ialah membuat booklet dan juga brochure. Dalam booklet dan brochure tersebut hendaklah mengandungi maklumat yang berkaitan dengan tajuk tugasan masing-masing. Untuk membuat brochure tersebut, langkah yang pertama ialah dengan membuka program Microsoft Publisher. Dalam Microsoft Publisher tersebut, saya telah mengklik pada brochure. Selepas itu, saya telah memilih salah satu daripada brochure tersebut…dan bentuk brochure yang saya pilih ialah bentuk Arrows…
….sebelum memasukkan maklumat mengenai tajuk tugasan, saya terlebih dahulu memilih design yang menarik untuk dijadikan latar belakang brochure….seterusnya saya telah memsukkan semua maklumat mengenai tajuk tugasan saya ke dalam brochure tersebut….saya telah memasukkan definisi, matlamat, tujuan, cabaran, halangan, bagaimana digunakan dan sebagainya…selain itu, saya juga telah memasukkan beberapa gambar 21st Century Skills yang sesuai….itu adalah salah satu cara untuk menjadikan brochure nampak menarik….
….untuk membuat booklet pula, saya telah menggunakan Microsoft words….seperti brochure juga, saya telah memilih design yang menarik untuk dijadikan sebagai latar belakang booklet….kandungan yang terkandung dalam booklet juga sama dengan kandungan yang terdapat pada brochure….untuk membuat booklet ini, langkah yang pertama ialah dengan membuka program Microsoft words tersebut….selepas itu, barulah saya menukar designnya….
….setelah selesai dibuat, kedua-dua brochure dan juga booklet tersebut telah saya simpan untuk dimuat turun dalam yahoogroups saya sendiri dan juga yahoogroups GE1155….selain itu, booklet dan brochure ini juga turut di cetak untuk dihantar kepada penyelaras program kelas S1K1 iaitu, Pn Sakinah….
….itulah tugasan yang telah diberikan kepada kami sepanjang dua minggu ini….pelbagai masalah yang dihadapi semasa membuat booklet dan juga brochure…walau bagaimanapun, ia telah dapat disiapkan dengan bantuan rakan kumpulan saya sendiri dan juga rakan-rakan yang lain….