Thursday, 5 January 2012

minggu 7-8(SPSS & Jurnal)

Pada minggu ini saya telah membuat analisis mengenai hasil kajian tentang soal selidik yang telah dibuat dalam google doc dan survey monkey. Hasil kajian tersebut telah dibuat dengan menggunakan SPSS. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk jadual dan graf. Untuk membuat analisis ini saya telah melalui beberapa langkah.

Langkah yang pertama ialah  saya perlu membuka akaun SPSS seperti yang terdapat dalam computer. Selepas itu, saya terus mengklik “Type in data” dan seterusnya mengklik “okey”. Seterusnya, untuk mengisi data dalam SPSS saya telah mengklik pada “variable view”. Dengan in, barulah saya dapat mengisi semua data atau dapatan kajian yang saya dapat ke dalam SPSS, iaitu dalam bentuk statistik. Terlebih dahulu saya mengisi data pada ruangan “nama” yang mana pada ruangan tersebut saya hanya menaip kata kunci soalan. Begitulah yang seterusnya sehingga kepada soalan yang terakhir.

Selepas itu, saya mengklik pada “data view”. Dalam “data view” ini, saya telah mengisi semua jawapan yang diberikan oleh responden dalam bentuk data statistik. Untuk mengisi data tersebut, saya telah menggunakan “value” untuk menunjukkan setiap jawapan yang diberikan oleh responden. Saya hanya menggunkan angka 1 dan 2 sebagai petunjuk jawapan bagi setiap soalan. Angka 1 mewakili sama ada “lelaki”, “ya”, “tahun 1” dan “sangat setuju”. Manakala angka 2 pula mewakili sama ada “perempuan”, “tidak”, “setuju” dan “tahun 2”. Untuk soalan yang mempunyai lima pilihan jawapan, saya telah menyediakan jawapan sehingga ke nombor 5.

Langkah yang seterusnya pula ialah untuk menukar dapatan kajian ke dalam bentuk jadual dan juga graf. Untuk menukar bentuk linear kepada bukan linear, saya mengklik pada “data” dan terus mengklik pada “frequency”. Dengan mengklik pada “frequency” bentuk-bentuk jadual dan graf akan terhasil secara automatik.

Jadi, langkah yang terakhir ialah menyimpan data tersebut untuk tujuan membuat laporan dalam bentuk formal jurnal.

Untuk membuat laporan tersebut, saya telah menggunakan open office. Dalam open office tersebut, saya telah mengklik pada “text document” untuk membuat laporan dalam bentuk jurnal pdf. Semua data yang terdapat dalam SPSS tersebut telah dimasukkan ke dalam laporan ini. Setelah siap membuat laporan, barulah saya menukar format tersebut kepada format jurnal iaitu, pdf….

Seterusnya, saya memuat turun data dan jurnal tersebut ke dalam yahoogroups saya sendiri dan juga yahoogroups GE1155.

No comments:

Post a Comment