Saturday 8 December 2012

Esei Strategi Pengajaran



1.0              PENDAHULUAN

Dekad 1959 mencatatkan sejarah penggunaan teknologi maklumat pertama di sekolah dengan penggunaan perisian IBM 650, pada pertengahan 1970an terdapat pergerakan yang menjurus ke arah computer-based instruction (CBI) yang juga dikenali sebagai computer-assisted instruction (CAI). Pengenalan bahasa komputer Coursewriter yang mengkhusus kepada pembinaan perisian kursus atau perisian pengajaran.Penggunaan teknologi maklumat ini ialah untuk menyokong pembelajaran masteri melalui sistem Computer-Managed Instruction (CMI). Pada tahun 1977, diperkenalkan Komputer Mikro pertama di sekolah.Sumber berasaskan komputer tidak lagi bergantung kepada bahan luar sekolah seperti pejabat pendidikan daerah dan syarikat swasta.
Guru berupaya menentukan apa yang mereka buat dengan komputer justeru membolehkan pengurusan pendidikan berasaskan sekolah menjadi lebih mudah. Perisian komputer mikro diperkenalkan dekad 1980an, ini merupakan sebahagian daripada penggunaan teknologi maklumat, pembangunan alat pengarangan untuk pembangunan perisian kursus (courseware authoring tools) diperkenalkan. Namun kesedaran betapa sukar bagi guru meluangkan masa menggunakan alat pengarangan untuk membangunkan perisian kursus menyebabkan kecenderungan terhadap pembangunan kursus menjadi semakin pudar menjelang akhir 1980an. Penekanan terhadap penilaian kursus meningkat apabila guru menganggap adalah lebih mudah membeli perisian kursus berbanding membangunkannya sendiri. Pergerakan ke arah literasi komputer bermula dengan penekanan kepada kemahiran menggunakan proses kata dan pengaturcaraan. Perkembangan ini memuncak pada tahun 1985 dan menimbulkan anggapan bahawa murid yang tidak mempunyai literasi komputer yang tinggi akan ketinggalan.
Pada tahun 1990an, literasi komputer disisih kerana para pendidik menganggap bahawa literasi komputer tidak dapat dihubungkan kepada mana-mana kemahiran mata pelajaran yang khusus.Menjelang 1990 peningkatan penggunaan sistem pembelajaran bersepadu (ILS) melalui peningkatan penggunaan sistem rangkaian serta pembangunan dan pembangunan multimedia.
Dekad 1990an mencatat sejarah penting apabila penggunaan secara meluas internet, minat terhadap keupayaan menggunakan teknologi maklumat untuk berkomunikasi di kalangan pendidik meningkat dan telah dapat mencetus penekanan terhadap literasi teknologi bagi meningkatkan kualiti pendidikan.Justeru, pada tahun 2000 sistem berasaskan simulasi, robotics dan situasi virtual (virtual reality) diberi penekanan dalam mencetus kreativiti pelajar di sekolah.



2.0       APA ITU INTEGRASI ICT?

Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT. Adalah penting bagi murid untuk menguasai kebolehan-kebolehan ini semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen,1996). Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperoleh hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.



3.0       MENGAPA PERLU INTEGRASI ICT?

Beberapa kajian (Abdul Rahim, 1998a; 1998b) telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa stail pembelajaran di kalangan murid.Ada yang lebih selesa belajar secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai ‘field dependent’ berbanding dengan murid  ‘field independent’.(Abdul Rahim Saad, 2000). Aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam ‘field independent’ adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit atau tergolong dalam ‘field dependent’ mereka akan mudah faham seperti beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang menggunakan kesemua panca indera semasa proses pembelajaran berlaku.
Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia di samping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan menggunakan  bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.
Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan  atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali.(Zalina Yahaya, 2001).
Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat room dan sebagainya guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri atau dengan guru dan pelajar dari sekolah yang lain. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan komunikasi guru dan murid  di samping mendapat ilmu baru mengenai kebudayaan dan negara masing-masing.
Rosenberg (2001) berpendapat integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid.Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah.Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar  yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.



4.0       STRATEGI PENGAJARAN DALAM MENGGUNAKAN ICT

4.1       Model Sebagai Pengguna ICT dalam Pentadbiran dan Memberi Respons

Antara strategi pengajaran yang boleh diterapkan oleh guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran ialah menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Setiap guru harus menunjukkan watak yang bercirikan model ICT supaya para pelajar lebih tertarik dengan gaya atau kaedah penyampaian maklumat yang dilakukan. Dengan ini, para pelajar akan berasa lebih senang untuk menerima maklumat dengan lebih cepat, padat dan ringkas. Di samping itu, dengan adanya model sebagai penyampai maklumat, sesi pengajaran dan pembelajaran juga dapat berjalan dengan lebih efisien berbanding tanpa menggunakan apa-apa bahan bantu mengajar. Hal ini demikian kerana setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran yang berbeza dan memerlukan cara pembelajaran yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka sendiri. Ada sesetengah pelajar lebih suka belajar dengan menggunakan ICT kerana lebih menyenangkan untuk memahami maklumat yang disampaikan.
Untuk menerapkan budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan. Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif.Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus menyediakan pelan pembangunan.Pelan ini mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan penilaian; spesifikasi tentang pemilihan pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan, kurikulum yang digunakan dan perancangan untuk penggantian serta pembinaan peralatan secara berterusan.


4.2       Pembelajaran yang Mengaplikasi Teori Behaviorisme dan Kognitivisme

Selain itu, strategi pengajaran yang harus digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme. Kaedah ini merupakan pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran. Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi yang memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah haruslah dibahagikan supaya memudahkan guru membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akan diberi latihan yang berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi latihan berbentuk pengayaan. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.
Tambahan itu, teori ini memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Melalui pendekatan teori pembelajaran ini, guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. Pelbagai strategi pengajaran digunakan untuk menjana idea serta meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasikan maklumat yang telah dikumpul.


4.3       Pembelajaran Secara Penerokaan

Pembelajaran secara penerokaan juga boleh digunakan oleh guru untuk menghubungkan antara teori konstruktivisme dengan pengajaran dan pembelajaran.Kaedah pembelajaran ini membolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet.Melalui pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah. Dalam proses pembelajaran ini guru perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana pemikiran murid-murid dan menggalakkan pembelajaran secara hafalan (rote learning). Peranan guru dalam memantau penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah perlu untuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting.
Di samping itu, penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, gerbang maklumat dan sebagainya. Ia juga menjadi medium untuk mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dalam kalangan diri pelajar itu sendiri. Melalui kaedah penerokaan dalam pengajaran dan pembelajaran juga membolehkan pelajar melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh mereka.Justeru, dalam pembelajaran penerokaan, murid juga boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT.Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.


4.4       Pembelajaran Secara Kolaboratif

Selain itu, pembelajaran kolaboratif di dalam kelas juga merupakan salah satu strategi pengajaran yang boleh dilakukan oleh para guru.Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Namun begitu guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa penggunaan e-mail, chat room dan sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif. Penilaian boleh dijalankan oleh guru dan kumpulan pebincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas. Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid.
Strategi guru menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran harus selaras dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran yang diharapkan berdasarkan tahap murid. Kaedah kolaboratif ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan ICT. Antaranya ialah dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing, mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran, memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas dan memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.


4.5       Menggunakan Teknologi Maklumat

Seterusnya, setiap guru harus mempunyai pengetahuan tentang teknologi maklumat yang hendak digunakan semasa proses pengajaran. Oleh itu guru haruslah menguasai sepenuhnya kemahiran menggunakan teknologi maklumat agar dapat membantu para pelajar. Guru perlulah menggunakan kemahiran teknologi maklumat untuk mempelbagaikan cara pengajaran bagi menarik minat pelajar untuk belajar serta memudahkan pelajar untuk memahami apa yang diajar. Penggunaan teknologi maklumat juga dapat membantu interaksi antara pelajar dengan guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Namun perubahan teknologi terlalu pantas untuk diikuti oleh guru. Sejarah menunjukkan anjakan kepada perubahan teknologi komputer adalah terlalu pantas. Perubahan teknologi ini tidak memungkinkan guru untuk mengikuti kesemuanya, mempelajarinya dan mengaplikasikannya ke dalam bilik darjah. Oleh itu, guru harus bersedia untuk mengadaptasi dan mempelajari teknologi sejauh mungkin mengikut keperluan dan penggunaan di dalam bidang pendidikan. Tambahan pula, guru sentiasa penting di dalam pendidikan. Era teknologi masa kini memerlukan guru yang tahu menggunakan teknologi (technology savvy), pengajaran berpusatkan pelajar dan juga guru sebagai moderator kepada proses pembelajaran. Oleh itu, guru haruslah menitikberatkan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan perkembangan kemajuan.


4.6       Pembelajaran Secara Aplikasi

Internet dapat diaplikasikan dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti samada dalam tugasan harian atau yang melibatkan proses P&P. Di samping itu, ICT juga membantu pelajar untuk menyiapkan tugasan dengan cara lebih efektif berikutan kemudahan mengakses maklumat amat mudah dilakukan. Hal ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan yang digunakan di negara ini adalah mengikut peredaran masa kerana perlaksanaan pendidikan adalah berasaskan teknologi moden. Evans dan Nation (2000) telah menyatakan bahawa penggunaan inovasi teknologi baru termasuk internet telah banyak memberi sumbangan dalam sistem pendidikan antaranya adalah menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan, menyokong untuk memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan, menyediakan peluang untuk belajar dengan luas dalam konteks sumber asli dan menyediakan alat yang membolehkan guru pelatih meningkatkan kuasa dan proses kognitif.
Charp (2000), pula menyatakan bahawa kemajuan internet telah membawa perubahan positif kepada cara guru mengajar dan murid belajar, berkerja, berkomunikasi dan bermain. Sebagai contoh, guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar supaya dapat menguji minda pelajar ke tahap metakognisi. Selain itu, pelajar juga akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya apabila melibatkan  pembelajaran yang menggunakan teknologi canggih seperti video dan sebagainya. Revolusi internet yang wujud masa kini jelas menunjukkan bahawa internet bukan sahaja menjadi alat untuk mencari maklumat secara global malah menjalin dan merapatkan hubungan manusia untuk berkomunikasi.


4.7       Pembelajaran Secara Komunikasi

ICT juga berfungsi sebagai alat pemudah komunikasi kerana ia digunakan untuk membolehkan murid dan guru berhubung walaupun berada di lokasi yang berbeza dalam sesuatu masa. Komunikasi yang dapat dilakukan adalah dengan cara menghantar, menerima dan berkongsi maklumat melalui pelbagai medium seperti email, facebook, skype dan sebagainya. Mail Elektronik (E-mel) merupakan antara perkhidmatan internet yang digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Selain itu, listservs,News groupsdan Chat  juga merupakan perkhidmatan internet yang membolehkan kita berkomunikasi secara berkumpulan yang mana perbincangan dapat dilakukan bagi memudahkan semua orang menyelesaikan sesuatu masalah.
Dalam konteks pembelajaran di sekolah, perbincangan secara berkumpulan amat ditekankan kerana dengan melakukan perbincangan akan dapat meningkatkan pengetahuan seseorang serta dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam membincangkan sesuatu perkara. Selain itu, kkomunikasi bukan sahaja melibatkan perbincangan atau menghantar email, malah komunikasi juga dapat disampaikan melalui video, grafik, serta animasi. Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar bahawa penghasilan video yang menarik serta dapat menarik perhatian orang ramai adalah video yang dapat menerapkan nilai grafik dan animasi yang menarik. Oleh itu, guru-guru sepatutnya menggunakan elemen ini sebagai satu platform untuk menarik minat pelajar mereka dalam member tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.
Komunikasi secara ICT juga dapat membuka minda pelajar berikutan perbincangan yang dilakukan boleh melibatkan pakar di dalam dan luar negara. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran yang bersifat secara global manakala perbincangan secara berkumpulan juga membuka lembaran baru bagi pelajar untuk berfikir diluar kotak dengan idea-idea baru terbina apabila pelbagai pendapat diberikan oleh rakan perbincangan.



5.0   PERANAN GURU DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan pencapaian murid dari segi akademik mahupun sahsiah. Gagal seorang doctor, mati seorang pesakit, mati seorang guru, rosak satu generasi. Ayat tersebut mempunyai maksud yang mendalam bagi seorang guru, bagi seorang pendidik yang menentukan generasi yang akan datang. Kemajuan dalam bidang ICT telah mempengaruhi corak pengajaran dan pembelajaran di Negara kita.Kemajuan ini turut menarik pencapaian murid ke tahap yang lebih baik.Jadi seorang guru perlu memainkan peranannya dengan mahir dengan teknologi terkini supaya boleh mengajar murid secara berkesan.
Peranan guru yang pertama ialah memotivasikan murid. Seorang guru yang mahir dapat menarik perhatian murid semasa mengajar.Kesan visual yang menarik mampu menarik minat murid dan menggalakkan mereka untuk lebih aktif di dalam kelas. Visual dan cara penyampaian yang menarik akan membantu murid lebih fokus di dalam kelas. Guru yang mahir dalam ICT juga mampu melibatkan murid melalui kerja-kerja penghasilan. Penghasilan kerja di sini bermaksud penghasilan kerja berasaskan teknologi termasuk pemproses kata,hypermedia,grafik komputer dan telekomunikasi. Murid akan menyukai aktiviti ini kerana bukan sahaja dapat menambahkan ilmu, bahkan meningkatkan lagi kreativiti, dan keyakinan diri. Hasil kerja yang baik pula akan membuat murid bangga kerana mereka mampu menghasilkan kerja yang professional.
Peranan yang kedua pula ialah menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.Antara pendekatan pengajaran baru yang dapat memanfaatkan teknologi maklumat termasuklah pembelajaran koperatif. Pembelajaran dalam kumpulan kecil yang berasaskan tindakan koperatif dapat dipertingkatkan melalui penggunaan multimedia, serta penghasilan projek kecil hypermedia, penyelidikan dan interaksi secara on-line.
Peranan yang ketiga ialah meningkatkan produktiviti guru itu sendiri.Apabila seorang guru mahir menggunakan teknologi maklumat, guru tersebut dapat mengurangkan beban pengurusan yang semakin meningkat.guru dapat mengurangkan masa bagi penyimpanan rekod dan persediaan, mereka dapat menumpu lebih kepada menganalisa kehendak pembelajaran murid berinteraksi dengan murid. Produktiviti guru dapat  dipertingkatkan dengan adanya kemahiran melalui latihan dalam menggunakan pemproses kata, hamparan kerja, persembahan elektronik, pengkalan data, penerbitan atas meja, komunikasi internet dan e-mail.
Peranan yang keempat pula ialah meningkatkan kemahiran yang diperlukan untuk era maklumat. Murid perlu mempelajari kemahiran belajar yang dapat menyediakan mereka untuk menjadi pelajar sepanjang hayat dalam masyarakat berinformasi. Antara kompetensi yang perlu untuk tujuan tersebut termasuklah literasi tentang teknologi. Ini dinyatakan melalui piawaian National Education Tecnology Standards for Students. Litersai maklumat, Johnson dan Eeisenberg (1996) menyenaraikan enam kemahiran maklumat yang perlu dikuasai murid, iaitu keupayaan mendefinisikan tugasan, strategi mencari maklumat, kemahiran lokasi dan mengakses maklumat, kemahiran menggunakan maklumat, kemahiran mensintesis dan kemahiran menilai maklumat. Literasi visual, masyarakat kini semakin banyak menggunakan perwakilan visual untuk menyampaikan maklumat. Sehubungan dengan itu guru perlu menyedari keperluan murid  mempunyai literasi visual yang lebih baik.




6.0       KESIMPULAN

Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.







Rujukan

Zalina Yahaya. (2002, 15 Julai). IT dan komputer: Nadi sekolah bestari. Utusan Malaysia.

Skinner, B.F.(1974). About behaviourism. London: Penguin Books

Piaget, J. (1981). The psychology of intelligence. Littlefield, NJ: Adams & Co.

Bahrudin Aris, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim Basir. (2001). Pembelajaran fizik secara koloboratif menggunakan laman web dan internet. Virtec Journal, 1-1

Abdul Rahim Mohd Saad (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentang di Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001.

Saturday 1 December 2012

GAMBAR BAHAN BANTU MENGAJAR




1. Pandangan  Atas (Bahagian Depan)





 2.Pandangan Atas (Bahagian Belakang)





 3. Pandangan Depan-Atas (Bahagian Depan)





 4. Pandangan Belakang-Atas (Bahagian Belakang)





5. Pandangan Depan (Bahagian Depan)








6. Pandangan Belakang (Bahagian Belakang)






 7. Pandangan Sudut Depan




 8. Pandangan Sudut Belakang





 9. Pandangan Zoom In (Bahagian Depan)






 10. Pandangan Zoom In (Bahagian Belakang)



Saturday 17 November 2012

10 Gambar Teknologi


1. METODE TERAPI PENINGGI BADAN


Alat Metode ini merupakan alat untuk meninggikan tubuh badan serta dapat meningkatkan kadar EIG (Exercise-Induced Growth Hormone) dalam tubuh badan. Di samping itu, ia juga boleh mempertebalkan lapisan cakram tulang punggung, atau yang lebih dikenali sebagai Intervertebral Discs. Ia juga dapat membuka kembali Garis Epifisis pada tulang tungkai kaki 



2. LIFELINE BRACELET







Sistem pemantauan talian hayat kesihatan adalah satu konsep yang direka oleh Mikhail St-Denis untuk membantu anda dengan mudah menyimpan cek pada kadar jantung anda, tahap gula dalam darah, suhu badan dan data lain yang penting yang berlaku dalam kehidupan seharian anda. Dengan hanya memakai gelang kecil system ini  lancar menjejaki tanda-tanda penting dan data anda, serta memindahkan mereka melalui wifi kepada telefon bimbit anda atau komputer. Gelang dikuasakan oleh haba badan anda. Semua data akan disimpan dan ditukar ke dalam bentuk graf bagi memudahkan pembacaan data. Kegunaan lain termasuk mengeluarkan amaran apabila bahan-bahan asing yang dikesan dalam sistem anda. 



3. NIKE FUEL BAND





 
Nike + FuelBand satu-satunya sensor yang berasaskan pecutan gerakan yang menjejaki semua senaman anda, dan menterjemahkannya ke dalam bentuk "NikeFuel" yang mengisi sehingga satu kaunter sasaran harian. Ia juga mengubah satu meter LED dari merah ke hijau. Dengan menggunakan alat ini juga anda boleh mengukur setiap langkah, masa dan kalori yang terbakar.



4. HAMMACHER HEAT AND COLD THERAPHY



Hammacher telah melancarkan Haba Dan Terapi urutan Dingin yang menawarkan cara yang mudah dan murah untuk melegakan sesak otot dan knot di bahagian belakang. Alat ini menyediakan terapi haba (113 ° F) yang merangsang peredaran darah dan terapi sejuk (35 ° F) yang mengurangkan bengkak. Ini Messager elektronik yang dilengkapi dengan kepala dua kelajuan “percussive” yang menjana 2,100 - 2,500 getaran rpm. 



5. BRIGHT LIGHT THERAPHY


Cahaya terang telah digunakan selama lebih satu dekad untuk mengurangkan gejala-gejala yang dikaitkan dengan gangguan bermusim afektif (SAD), jetlag, keletihan kerja, insomnia, perubahan bermusim dan banyak lagi. Terapi cahaya menawarkan cara yang mudah dan berkesan dan mengandungi kekurangan cahaya, tanpa perlu ubat-ubat yang lain. Lampu Lightphoria terapi cahaya menggunakan lampu yang sangat terang sehingga kepada 10,000 lux untuk mensimulasikan cahaya matahari semula jadi di samping menghapuskan sinar UV berbahaya. Letakkan 12-24 inci jauhnya dari anda semasa anda membaca, menonton TV, dan membuat kerja-kerja pada computer.



6. HEAT TREATMENT TRION Z 



Terapi haba telah lama menjadi kaedah yang popular dalam rawatan sukan yang berkaitan dengan kecederaan muscular-skelatal. Ia biasanya disyorkan dalam dunia rawatan sukan kecederaan bahawa terapi haba harus digunakan kepada kecederaan, yang dianggap 'kronik' dan yang berada di peringkat akut. Kecederaan yang dianggap 'kronik' adalah salah satu yang telah berlarutan untuk jumlah masa yang panjang dan biasanya disebabkan oleh berlebihan dan ketegangan yang berlebihan dan bukannya haba trauma accident. Ia juga membantu untuk mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh radang tisu, mengurangkan ketegangan, mengurangkan kekejangan otot dan meningkatkan aliran darah ke kawasan yang cedera serta menggalakkan penyembuhan.



7. FITBIT ZIP



Zip Fitbit adalah model peringkat kemasukan yang agak kecil, dan ia boleh menjejaki langkah dengan mengambil, menganggarkan jarak untuk mengetahui jumlah kalori yang dibakar, dan anda boleh menatal melalui semua ciri-ciri ini. Ia mempunyai dongle USB dan boleh berfungsi secara auto-sync dengan komputer seseorang dalam julat sehingga 20 kaki. Ia berfungsi dengan rendah kuasa peranti Bluetooth 4,0, dan ia adalah kalis air. Terdapat satu Fitbit yang lebih kecil dan sleeker daripada model tahun lepas. Satu Fitbit telah terbina dalam alat pengukur tinggi, jadi ia boleh menjejaki ketinggian keuntungan, hasil yang lebih tepat tentang kalori yang anda bakar. Ia boleh dipakai pada waktu malam pada bahagian manset lengan kemeja, dan ia akan dapat mengesan tidur anda secara sempurna.



8. BASIS HEALTH AND WELLNESS TRACKER



Penjejak Kesihatan Asas adalah alat pergelangan tangan yang merekod jumlah kalori harian anda, aktiviti, tekanan, tidur dan metrik fisiologi yang lain-lain. Ia bertujuan untuk membantu kehidupan seharian anda menjadi lebih baik.




9. BODYMEDIA ARMBAND


BodyMedia Empat Sensor ialah alat terapi yang boleh menangkap lebih kurang daripada lima ribu penunjuk dalam satu minit untuk mengira tekanan individu. Ia juga dapat membakar kalori, meningkatkan kualiti tidur anda dan memeriksa tindak balas kulit galvani dengan tepat.



10. ILA SPORT PEDOMETER ALARM 



Alat serbaguna Ila akan berkhidmat dengan baik untuk joggers, pejalan kaki, dan secara umum bagi mereka yang suka (atau mempunyai) menghabiskan banyak masa di luar walaupun selepas gelap. Penggera Ila Pedometer mengandungi alat pengukur langkah yang boleh membantu anda memastikan bahawa anda telah melakukan kecukupan untuk berjalan, dan jumlah kalori bagi anda untuk mendapatkan makanan yang betul selepas anda telah berjalan